Friday, October 9, 2009

Sajaaa . . .

6.10.09

Sketsa Satu : Balas dendam dengan Cikgu Ang

Jeng3 . Oh , ingat tak cerita aku yang pasal Cikgu Ang mengejutkan aku dan Jiji dengan mengahyunkan beg plastik ala-ala kertas dia tu kat kaki kami ? Tak ingat , kau pergi baca balik blog Cikguuu ! ! ! tu , baru boleh faham story nie . :)

Kami on the way nak pergi ambil Anis Athirah di bilik resos kat blok H . So , kami berjalan la dari Blok B ke Blok H . Anis nie merupakan classmate kami yang istimewa . Walaupun dia tak dapat melihat , tetapi dia sangat cekap nak detect something . Aku pun kekadang lalai , tak macam dia yang peka selalu . Credits to Anis . :P

Tapi , dah elok-elok sampai kat Blok H , tengok2 Aidah dan Afeefah dah pergi mengambil Anis . Aku pergi kat Anis dan sengaja mengusiknya .

Aku : Anis !
Anis : Ha , Adilah !
Aku : Apa nie , kami nak ambil ampa , Aidah pulak yang ambil ampa . Kami dah cakap tadi nak ambil ampa , kan ?
Anis : Kami cuma tak nak menyusahkan ampa . Tu yang kami suruh Aidah ambil kami . Sorry la .
Aku : Tiada maaf bagimu . Nak merajuk dengan ampa . Huh ! *buat gaya merajuk*
Anis : Alaaa , sorry la Adilah . *dengan rasa bersalah*
Aku : Tamauuu kawan dengan Anis . *gaya nak blah*
Anis : Adilahhhh ! *jerit*
Aku : Heeeiii , geramnya aku dengan budak comeiii nie ! *cubit geram pipi Anis*
Anis : Aaadddiiilllaaahhh ! *nak tepis tangan aku kat pipinya*
Aidah : Hoi , ganasnya Dila kat Anis .
Aku : Hehe . Daaa ~ Nak merajuk dengan Anis . Huh ! *blah*
Anis : Hahah . *gelak pulak*

Itu la aku dan Anis . Aku selalu mengusik Anis . Anis tak pernah nak marah aku , boleh2 dia gelak lagi . Antara semua orang la kan , aku rasa aku seorang saja yang suka cubit pipinya . Hahaha ! Sangat kejam , ada ke patut aku melayan Anis macam tu . Ish3 , tak berperikemanusiaan betul . Tapi niat aku hanya untuk bercanda okay . Tak terniat pun nak sakitkannya . Harap maklum .

So , aku dan Jiji tinggalkan Anis bersama Aidah dan Afeefah . Kami guna jalan jauh menerusi kantin untuk ke kelas kami . Aidah dan Afeefah pula ambil short cut . Aku dan Jiji pun jalan-jalan la sambil sembang . Tiba-tiba . . .

Jiji : Dila ! Cikgu Ang !
Aku : Eh , ha'ah . Beb , dia dah on the way nak masuk kelas kita tu .
Jiji : Beb , jom balas dendam .
Aku : Heh ?
Jiji : Kejutkan dia jom .
Aku : Jom ! Revenge time .
Jiji : Pi la .

Aku pun apa lagi . Terus berlari-lari anak mengejar langkah Cikgu Ang . Nyata dia tak perasan akan kehadiran aku di belakangnya . Agak pandai jugak aku kontrol derap kaki supaya tak kedengaran . Ingat Cikgu Ang saja ke yang boleh buat , aku pun boleh la . Hahahah ! Nampak Cikgu Ang macam leka saja berjalan , tak pandang kiri kanan pun . Apa lagi , it's show time !

Aku terus pecut ke arahnya sambil kontrol bunyi kasut . Apabila dah terasa dekat dengannya , aku terus menyaingi langkahnya dan melompat kuat ke tanah . Boom ! Bunyi kasut menerusi hentakan kuat oleh aku di sebelah Cikgu Ang bersama jeritan nyata membuatkan Cikgu Ang terkejut .

Aku : Cikguuu ! *melompat dari belakang Cikgu Ang*
Cikgu Ang : Eh ! *urut dada*
Aku : Hahah ! Padan muka cikgu .
Cikgu Ang : Terkejut saya . *terstop jalan*
Jiji : Hahaha . *mendekati kami*
Aku : Tu la , cikgu . Kenakan saya lagi . Macam tu la saya terkejut .
Jiji : Balas dendam , cikgu .
Cikgu Ang : Ha , tak ada la . Saya tak dengar pun orang jalan kat belakang .
Aku : Tengok orang la , cikgu .

Kami bertiga gelak sama-sama sebelum melangkah ke kelas .

Tadaa ~ Nie gambar yang diambil sewaktu menyambut birthday Anis .
Yang kecil2 comel pakai sunglasses tu la ,
Anis !
Comel kan kan kan ? :)


Zoom in . Anis tengah trying hard nak tiup lilin tu . Go Anis ! ;)Adeline , ketua tingkatan setia di sisi . :D

Ini la Cikgu Ang Seew Hooi yang telah aku balas dendam .
Muahahah . xD


No comments: